Tuesday, February 2, 2010

Kelengkapan Bagi Menternak Udang Kara Air Tawar (Yabbie)

Lokasi memainkan peranan yang penting didalam penternakan udang kara air tawar. Iklim tropika dan persekitaran Negara Malaysia yang menyamai habitat asal haiwan tersebut membolehkan penternakannya dilakukan sepanjang tahun. Pemilihan lokasi yang tepat perlu dilakukan kerana ianya akan mempengaruhi kos modal dan hasil keluaran penternakan.

Akuarium dapat digunakan sebagai tempat pemeliharaan bagi penternakan udang kara yang berskala kecil. Selain bersifat ringkas dan tidak memerlukan ruang yang luas, ianya memudahkan proses pengawasan udang udang tersebut. Akuarium haruslah dilengkapi dengan alat pengudaraan dan penyaring bagi memastikan air akuarium tetap segar dan oksigen dapat dibekalkan dengan baik.

Bagi akuarium akuarium yang berukuran besar perlu dioptimumkan penggunaan ruangnya, ianya boleh disusun diatas rak yang bertingkat tingkat dengan jarak sekaki diantara akuarium bagi memudahkan kerja kerja penyenggelaraan udang kara tersebut.

Kolam ternakan pula boleh digunakan kaedah mengorek tanah untuk dijadikan kolam yang kemudiannya dilapik dengan bahan High Density Polyethelene Sheet atau pun terus digunakan kolam kanvas yang boleh ditempah khas.